Wednesday, 28 January 2015

Apa itu Insuran? Apa pulak Takaful? Bagaimana Mereka Menipu Anda

Assalamualaikum wbt

Di dalam dunia ini ada 3 jenis makhluk yang tidak boleh dipercayai. Anda perlu berhati-hati dan sentiasa berfikiran 100% waras ketika berhadapan dengan mereka.

1. Ejen Insuran.
2. Ejen "Gores dan Menang".
3. Salesman kereta.

Adakah anda pernah didekati oleh gadis sunti atau jejaka kacak ketika sedang menikmati makanan atau mengeluarkan wang di ATM machine?. Dengan senyuman yang manis mereka bertanya pada anda.

"Abang, abang sudah berumur 33 tahun tetapi sudahkah abang memiliki Polisi Insuran/Takaful?"

Adakah pernah terfikir di minda kita kenapa majoriti masyarakat Cina sanggup berbelanja sehingga RM600 sebulan semata-mata untuk membayar premium insuran mereka. Sekalipon penjaja-penjaja gerai di tepi-tepi jalan Padang Kota, Pulau Pinang. Mereka pasti memiliki polisi insuran untuk diri mereka atau pon untuk setiap ahli keluarga mereka.

Mai mana pulak Insuran? Mai mana pulak Takaful ni?

Sekali imbas insuran dan takaful ni adalah sama. Yang membuatkan ianya berbeza adalah bagaimana wang itu dilaburkan. Dalam bahasa yang mudah wang dalam skim takaful dilaburkan di dalam dana-dana yang mematuhi undang-undang shariah sedangkan insuran tidak.

Ehh!! Pelaburan pulak dah. Habis beratus bulan-bulan ada laa. Mana untung melaburnya adik manis oi???

Ejen-ejen memberi nama jolokan manja"Skim Perlindungan". Yang mana akan melindungi pendapatan keluarga sesiapa sahaja daripada masalah akibat dari kemalangan atau musibah kesihatan. Duit yang dibayar ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Satu bahagian untuk kos insuran/takaful manakala satu lagi bahagian untuk simpanan jangka pangjang. Duit inilah yang digunakan untuk melabur. Biasanya nilai duit pelaburan ini tidak banyak untuk tempoh tahun pertama hingga tahun ke-enam. Tetapi untuk jangka masa yang panjang boleh mencecah sekitar RM30,000 hingga RM50,000. Duit pula boleh dikeluarkan bila-bila masa. Tapi tidaklah sepantas kad jolok ATM. Tempoh biasa adalah sekitar 5 hari waktu bekerja.  Inilah sebabnya masyarakat Cina suka memiliki insurans. Sekiranya mereka sakit mereka ada medikal kad untuk tidur nyenyak di hospital swasta. Sekiranya mereka tak sakit mereka boleh mendapat balik sebahagian duit yang mereka laburkan. Pendek kata dengan membayar RM200 bulan-bulan mereka boleh mendapat perlindungan kad perubatan sehinggakan ada yang memcecah RM1 juta tanpa had seumur hidup dan dalam pada masa yang sama mereka mendapat pulangan hasil  pelaburan jangka panjang. Bayangkanlah RM1 Juta tu! Itu belum termasuk faedah kematian ahli yang nilainya beratus-ratus ribu ringgit.

Nilai tunai pelaburan pula adalah bergantung juga kepada plan faedah-faedah lain yang diambil. Ianya macam jongkang jongket. Setiap faedah yang ditambah akan merendahkan nilai tunai akaun pelaburan peserta. Standard minima untuk plan yang berkualiti pula adalah RM200 dan ke atas. Untuk famili ia lebih tinggi. Mana mungkin bayar caruman bulanan RM100 tetapi expect perlindungan berjuta-juta untuk setiap ahli keluarga. Umpama ingin membeli kereta Ferrari dengan bajet installment RM500 bulan-bulan. Agak-agakla.

Bagaimana kita ditipu?
Katakan ejen itu memberi tahu jumlah pelaburan selepas 10 tahun adalah tepat sekian-sekian. Ternyata dia seorang penipu kerana setiap pelaburan ada pasang surutnya. Mana mungkin dia tu Nujum Pak Belalang.
Katakan ejen itu meminta % sebahagian daripada wang anda. Dia juga penipu besar. Wang anda adalah 100% hak mutlak anda.
Sekiranya seseorang tak dikenali menelefon anda, merakam perbualan anda, menawar pakej insuran dan dalam pada masa yang sama memberi seribu alasan apabila anda mengajaknya untuk berjumpa atau keluar dating contohnya pada hari Ahad hujung minggu. Makhluk ini juga dikategorikan penipu.

Harga Insurans yang perlu dibayar adalah bergantung kepada:
Umur. - Semakin muda usia, semakin rendah bayarannya. Sebab itulah muda waktu yang sesuai lebih-lebih lagi seorang gadis sunti. Jangan tunggu lewat sehingga bersuami dan minta suami belikan. Kasihanilah suami anda. Lainla suami tu ejen insuran.
Perokok - Merokok ataupun tidak risikonya berbeza.
Pekerjaan. - Polis,bomba dan tentera kosnya lebih mahal dari mereka yang bekerja sebagai kerani pejabat pos di Batu Maung.





Di atas adalah contoh satu plan Takaful untuk seorang jejaka kacak Tanah Melayu berumur 33 tahun. Dengan Plan komprehensif ini, dia akan cool dan tak perlu risau jika...

Kos perubatan hospital. - Semuanya di tanggung dengan dana RM1.0 juta setiap tahun sepanjang hayat pulak tu.
Dia sakit dan tak boleh kerja. - Contohnya eksiden moto patah tangan. Untuk setiap minggu dia  (MC), dia akan dibayar RM600 seminggu. Walaupon patah tangan still p keja, Dia di bayar RM200 seminggu sehingga pulih sepenuhnya.
Dia terkena penyakit yang perlukan kos berlarutan sepanjang hidup. Contohnya penyakit kidney dan perlu menjalani dialysis 3 hari seminggu for the rest of her life. - Dia ada dana RM500,000 untuk bantu dia
Dia mengalami penyakit kritikal seperti Sakit Jantung, Stroke, Kanser, dia akan dibayar secara pukal. In this case, dia akan dapat RM100,000 untuk kegunaan sendiri.
Dia mengalami hilang upaya kekal, dia akan dibayar RM100,000 untuk meneruskan kehidupan beliau.
Kematian (apa-apa sebab) - Sekiranya dia meninggal dunia, dia mewarisi keluarga dia RM100,000. Kematian (kemalangan) - Sekiranya sebab kematian adalah kemalangan, waris dia dibayar lagi tambahan sebanyak RM100,000.

If monthly payment anda adalah around RM200 dan ke atas, then I would like to say that you got your life almost fully covered with money and easiness.

Most Asked Question berkenaan Takaful dan Insurans.

Adakah Takaful Hukum-nya haram di dalam Islam?
Ya, ianya Haram. Haram sekiranya wang diperolehi hasil mendapat tempat pertama dalam pertandingan 4D Magnum digunakan untuk membayar caruman takaful.

Kenapa banyak kes penipuan dalam Insuran/Takaful?
Penipuan tiada kaitan dengan syarikat. Setiap polisi adalah kontrak hitam putih. Setiap syarikat insurans di Malaysia di pantau oleh Bank Negara Malaysia dan lain-lain badan pertubuhan. Penipuan yang berlaku adalah dari agen Insurans yang menipu itu sendiri. Sebenarnya, adalah satu kesalahan dari segi undang-undang Malaysia jika Agen Insurans anda tidak menerangkan perkara-perkara penting sebelum anda sign borang beli. Dan, ianya juga satu kewajipan untuk agen Insurans menjawab setiap soalan anda dengan jujur. Sebagai pengguna bijak anda haruslah mencatat apa-apa jumlah yang mereka berikan. Repot polis jika perlu.

Company Insurans yang mana boleh provide insurans (Takaful) terbaik?
Tak ada (untuk plan RM150 ke bawah). Bagi plan RM200 ke atas jawapannya yes. Untuk mendapat jawapan yang lebih tepat boleh bertanya di kaunter-kaunter hospital swasta berdekatan dengan anda. Anda akan mendapat jawapannya. Sebagai pengguna bijak kita hendaklah rajin bertanya.

Mana lebih bagus, simpanan ASB, beli kereta atau ambil Takaful?
Semuanya bagus. Dividen tahunan ASB lebih tinggi dari simpan di bank. Kereta pula bleh digunakan untuk membawa anda ke hospital.  Cuma, kalau anda accident atau terkena penyakit kronik, Kereta atau pon ASB tak akan dapat membantu anda bayar RM50,000 untuk satu pembendahan. Kos pembedahan pula meningkat dengan ketara antara 15-20% setiap tahun.



Ada kemungkinan tak insurans anda tak bleh claim?

Jenayah
Frust akibat putus cinta anda memandu ketika mabuk atau high akibat menelan pil kuda-tak cover. Tapi jika anda mati ketika accident tu, ada kemungkinan anda akan dapat pampasan. Perlu diingatkan Himpunan Bersih 2.0 dan bunuh diri juga termasuk dalam kategori jenayah di Malaysia.

Polisi Lapsed
Andai kata anda tidak membayar premium (RM) bulanan anda, serta merta anda tidak dicover untuk bulan itu.

Tidak Berkait
Antara bayaran lain yang tak dicover adalah jika ianya request dari anda. Contohnya, korang accident. Kemudian korang minta ubat untuk sakit selesema. Itu MUNGKIN tidak di cover. Untuk pengetahuan sebarang pembedahan kosmetik atau pembedahan menukar jantina juga tak di cover.

Tidak Inform Pihak Insurans.
Misalkata sebelum ni anda kerja sebagai Guru Tadika. Kemudian anda berjaya temuduga sebagai Pilot Helikopter tanpa bagi tahu pihak Insurans. Kemudian, helikopter yang anda pandu itu terhempas di Semenyih dan anda cedera teruk, anda tidak akan mendapat pampasan. Kalau mati, Anda juga tidak mendapat pampasan. Yang dapat hanyalah isteri atau waris anda. Itu pon dapat pampasan kematian je. Pampasan kemalangan takkan dapat.

Boleh tak claim insurans kalau kat klinik je tanpa masuk ward?
Tak boleh. Syaratnya adalah masuk ward lebih enam jam dan bermalam (Kalau tak silap. Tapi enam jam tu memang sure).


No comments:

Post a Comment