Saturday, 7 February 2015

Medikal Kad Pakej  Suami dan Isteri

MEDICAL CARD TAKAFUL TANPA HAD SEUMUR HIDUP
Secara amnya produk ini memberikan perlindungan tanpa limit sepanjang hayat dengan had tahunan RM100,000 dan jika kita upgrade bilik penginapan, kita hanya bayar sendiri lebihan bayaran bilik. Dengan ketiadaan HAD SEUMUR HIDUP kita boleh yakin bahawa keperluan penjagaan kesihatan kita dan pasangan kita akan dijaga untuk sepanjang hayat.

Medikal Kad Suami dan Pasangan (Pelan RM100) 
Pelan ini adalah pelan termurah yang ditawarkan oleh AIA yang mana pelan asasnya hanyalah caruman serendah RM100. Apabila dicampur pasangan kos caruman sebulan akan bertambah seperti kadar di bawah:

RM100 + (RM761/12 bulan) = RM163.50 sebulan
(jika isteri berumur antara 16-20 tahun mengikut jadual dibawah)

Usia 16 – 25: Hanya RM 163.50     sebulan
Usia 26 – 30: Hanya RM 161.92    sebulan
Usia 31 – 35: Hanya RM 170.75     sebulan
Usia 36 – 40: Hanya RM 180.17    sebulan
Usia 41 – 45: Hanya RM 197.75   sebulan
Usia 46 – 50: Hanya RM 241.25   sebulan
Usia 51 – 55: Hanya RM 270.17   sebulan
Usia 56 – 60: Hanya RM 307.75   sebulan

Medikal Kad Suami dan Pasangan (Pelan RM150) 
Pelan ini adalah pelan minima yang disyorkan untuk kita miliki.
Pelan RM150 ini mempunyai kelebihan yang begitu unik iaitu:
  • Had tahunan (RM100,000) ini akan meningkat sebanyak 5% daripada had tahunan asal, setiap 2 tahun bermula bermula dari tahun polisi ke-3 selama 20 tahun polisi.
  • Peningkatan Had Tahunan akan diberikan jika tiada tuntutan atau jika terdapat tuntutan, jumlah tuntutan adalah kurang daripada RM5,000 untuk 2 tahun polisi sebelumnya. Maka dengan ini Had Tahunan kita pada tahun ke-3 adalah RM105,000.
  • Jika jumlah tuntutan dalam 2 tahun polisi adalah RM5000 atau lebih peningkatan Had Tahunan akan kekal pada had terakhir yang diberikan kepada kita sehingga akhir hayat kita.
  • Faedah-faedah lengkap keseluruhannya yang akan dinikmati boleh rujuk di sini:
Apabila dicampur pasangan kos caruman sebulan akan bertambah seperti kadar di bawah:

RM150 + (RM994.5/12 bulan) = RM232.88 sebulan
(jika isteri berumur antara 16-20 tahun mengikut jadual dibawah)

Usia 16 – 20: Hanya RM 232.88 sebulan
Usia 21 – 25: Hanya RM 233.50 sebulan
Usia 26 – 30: Hanya RM 230.75 sebulan
Usia 31 – 35: Hanya RM 235.75 sebulan
Usia 36 – 40: Hanya RM 254.50 sebulan
Usia 41 – 45: Hanya RM 285.88 sebulan
Usia 46 – 50: Hanya RM 332.25 sebulan
Usia 51 – 54: Hanya RM 362.63 sebulan
Usia 55 – 55: Hanya RM 374.50 sebulan
Usia 56 – 60: Hanya RM 431.38 sebulan




Hospital Panel Yang Menerima Medical Kad AIA

      Kedah
1.Kedah Medical Centre, Alor Star
2.Putra Medical Centre, Alor Star
3.Pantai Hospital, Sg Petani
4.Metro Specialist Hospital, Sg Petani

     Penang
1.Bagan Specialist Centre, Butterworth
2.KPJ Penang Specialist Hospital, Bukit Mertajam
3.Gleneagles Medical Centre, Jalan Pangkor
4.Hope Children Hospital, Jalan Gottlieb
5.Hope Children Hospital, Paya Terubong
6.Hope Children Hospital, Bayan Lepas
7.Hope Children Hospital, Jalan Perak
8.Hospital Lam Wah Ee, Jalan Tan Sri The Ewe Lim
9.Loh Guan Lye Specialist Centre, Logan Road
10.Pantai Hospital, Bayan Baru
11.Adventist Hospital, Jalan Burma

     Perak
1.Hospital Fatimah, Ipoh
2.Pantai Hospital, Ipoh
3.Columbia Asia Hospital, Taiping
4.Taiping Medical Centre

     Selangor/Kuala Lumpur
1.Arunamari Specialist Medical Centre, Klang
2.Assunta Hospital, Pjaya
3.Columbia Asia Hospital, Puchong
4.Damai Service Hospital, KL
5.Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam
6.Gleneagles Intan Medical Centre, KL
7.Plaza Medical Centre, Kajang
8.Kelana Jaya Medical Centre, Pjaya
9.KPJ Puteri Specialist, Ampang
10.KPJ Specialist, Damansara
11.KPJ Specialist, Kajang
12.KPJ Specialist, Shah Alam
13.Pantai Hospital, Ampang
14.Pantai Hospital, Cheras
15.Pantai Hospital, Klang
16.Pantai Hospital, KL
17.Sentosa Medical Centre, KL
18.Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya
19.Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang
20.Sunway Medical Centre, Pjaya
21.Taman Desa Medical Centre, KL
22.Tawakal Hospital, KL
23.Tropicana Medical Centre, Pjaya
24.Tung Shin Hospital, KL

     Negeri Sembilan
1.Columbia Asia Hospital, Seremban
2.Mawar Renal Medical Centre, Seremban
3.Senawang Specialist Hospital
4.Seremban Specialist Hospital

     Melaka
1.Mahkota Medical Centre
2.Pantai Hospital, Ayer Keroh
3.Putra Specialist Hospital

     Johor
1.Hospital Penawar, Pasir Gudang
2.Kempas Medical Centre, JB
3.KPJ Specialist Hospital, JB
4.Kluang Utama Specialist Hospital, Kluang
5.Pantai Hospital, Batu Pahat
6.Puteri Specialist Hospital, JB
7.Putra Specialist Hospital, Batu Pahat
8.Regency Specialist Hospital, JB

     Kelantan
1.Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu
2.Kota Bharu Medical Centre

     Pahang
1.Kuantan Medical Centre
2.Kuantan Specialist Hospital

     Sarawak
1.Columbia Asia Medical Centre, Miri
2.Kuching Specialist Hospital
3.Normah Medical Specialist Centre, Kuching
4.Rejang Medical Centre, Sibu
5.Timberland Medical Centre, Kuching

     Sabah
1.Damai Specialist Hospital, Kota Kinabalu
2.Rafflesia Medical Centre, Penampang
3.Sabah Medical Centre, Kota Kinabalu


















Thursday, 5 February 2015

Hukum Takaful

Berdasarkan perbezaan antara takaful dan insuran seperti yang dijelaskan sebelum ini, jelas sekali bahawa takaful adalah halal sedangkan insuran konvensional berkaitan nyawa adalah haram (Insuran konvensional selain nyawa adalah halal).

1) Mesyuarat enakmen islam yang berlangsung di “Baidha’” –Libya- pada tahun 1972 menyatakan dua daripada resolusinya :

Resolusi ke-enam :” Insuran konvensional hendaklah digantikan dengan insuran islam (takaful)”.

Resolusi ke-tujuh :” Takaful itu hendaklah menyeluruh sehingga memberi jaminan kepada setiap keluarga bahawa sumber pendapatan mereka tidak terjejas apabila berlaku kematian atau hilang upaya atau seumpamanya ke atas ketua keluarga”.

2) Majlis ulama Negara Arab Saudi di dalam ketetapan mereka yang bernombor (52) bertarikh 4/4/1397 hijrah bersamaan tahun 1977 masihi menyatakan :

Setelah mengkaji, berbincang dan bertukar-tukar fikiran, Pihak majlis telah menetapkan bahawa Insuran Takaful adalah halal berdasarkan alasan-alasan berikut :

a) “Sesungguhnya insuran takaful merupakan satu bentuk akad (kontrak) tabarru’ yang mana dari segi asasnya bermaksud bantu membantu menjauhkan bahaya dan bersama-sama bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu musibah iaitulah dengan cara sumbangan sejumlah wang dari setiap anggota (pencarum) takaful ke dalam tabung risiko yang dikhususkan untuk membayar pampasan kepada ahli yang ditimpa musibah….”

b) “Insuran takaful tiada unsur riba. Oleh yang demikian akad (kontrak) yang dimeterai oleh para pencarum, tiada unsur riba dan sumbangan(caruman berkala) yang dibuat oleh para pencarum itu tidak dilibatkan dengan aktiviti pelaburan secara riba”.

3) Keputusan Pusat Penyelidikan islam yang diputuskan di Al-Azhar pada bulan Muharram tahun 1385 hijrah :

“Insuran takaful yang dijalankan oleh syarikat-syarikat takaful merupakan satu bentuk insuran yang dibenarkan oleh syarak. Insuran takaful ini merupakan kerjasama dalam melakukan kebaikan yang disertai oleh orang yang ingin dilindungi (samaada pencarum sendiri ataupun tanggungannya). Syarikat-syarikat takaful pula berperanan memberi pertolongan atau perkhidmatan kepada para peserta ketika mereka memerlukan,.”