Apa itu A-PlusMed?
A-PlusMed merupakan rider potongan unit yang boleh dilampirkan kepada pelan Insurans/Takaful Berkaitan Pelaburan berpremium tetap. A-PlusMed melindungi kemasukan ke hospital dan perbelanjaan pembedahan hingga umur 100 tahun tanpa Had Seumur Hidup. Selain daripada ini, A-PlusMed memberikan Peningkatan Had Tahunan sebanyak 5% setiap 2 tahun bermula dari tahun polisi ke-3, selama 20 tahun polisi. A-PlusMed juga memberi pilihan kepada anda untuk melindungi ahli-ahli keluarga terdekat anda.
Nota:
- Tiada Had Seumur Hidup dan Peningkatan Had Tahunan hanya untuk pelan Bilik dan Penginapan Hospital RM150 dan ke atas.
- Peningkatan Had Tahunan akan diberikan jika tiada tuntutan atau jika terdapat tuntutan, jumlah tuntutan adalah kurang daripada RM5,000 untuk 2 tahun polisi sebelumnya.
Rider ini boleh disertai oleh individu yang berumur di antara 14 hari dan 70 tahun.
Apakah perlindungan untuk ahli keluarga dalam pelan ini?
Semua ahli keluarga di bawah pelan keluarga akan menikmati had manfaat individu untuk pelan yang sama.
Di manakah saya dilindungi?
Anda dilindungi di seluruh dunia tetapi tertakluk kepada perlindungan maksimum 90 hari jika anda melancong ke luar Malaysia, Singapura dan Brunei.
Adakah kos insurans/takaful saya akan meningkat apabila umur saya meningkat?
Untuk A-PlusMed, Kos insurans/takaful yang ditolak akan bergantung kepada umur yang anda capai dan akan meningkat dengan peningkatan umur anda.
Adakah kos insurans/takaful untuk A-PlusMed terjamin?
Kos insurans/takaful untukl rider ini adalah tidak terjamin dan syarikat berhak untuk mengubah kos insurans/takaful dengan memberi notis bertulis 3 bulan terdahulu kepada pemegang polisi sebelum ulang tahun polisi berikutnya.
Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu saya bayar?
Tiada yuran-yuran dan caj-caj yang lain selain daripada kos insurans/takaful yang ditolak.
Adakah premium-premium yang dibayar untuk A-PlusMed layak mendapat pelepasan cukai?
Ya, premium-premium yang diagihkan kepada rider potongan unit init melayakkan anda mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk insurans perubatan dan pendidikan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
No comments:
Post a Comment