Berdasarkan perbezaan antara takaful dan insuran seperti yang dijelaskan sebelum ini, jelas sekali bahawa takaful adalah halal sedangkan insuran konvensional berkaitan nyawa adalah haram (Insuran konvensional selain nyawa adalah halal).
1) Mesyuarat enakmen islam yang berlangsung di “Baidha’” –Libya- pada tahun 1972 menyatakan dua daripada resolusinya :
Resolusi ke-enam :” Insuran konvensional hendaklah digantikan dengan insuran islam (takaful)”.
Resolusi ke-tujuh :” Takaful itu hendaklah menyeluruh sehingga memberi jaminan kepada setiap keluarga bahawa sumber pendapatan mereka tidak terjejas apabila berlaku kematian atau hilang upaya atau seumpamanya ke atas ketua keluarga”.
2) Majlis ulama Negara Arab Saudi di dalam ketetapan mereka yang bernombor (52) bertarikh 4/4/1397 hijrah bersamaan tahun 1977 masihi menyatakan :
Setelah mengkaji, berbincang dan bertukar-tukar fikiran, Pihak majlis telah menetapkan bahawa Insuran Takaful adalah halal berdasarkan alasan-alasan berikut :
a) “Sesungguhnya insuran takaful merupakan satu bentuk akad (kontrak) tabarru’ yang mana dari segi asasnya bermaksud bantu membantu menjauhkan bahaya dan bersama-sama bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu musibah iaitulah dengan cara sumbangan sejumlah wang dari setiap anggota (pencarum) takaful ke dalam tabung risiko yang dikhususkan untuk membayar pampasan kepada ahli yang ditimpa musibah….”
b) “Insuran takaful tiada unsur riba. Oleh yang demikian akad (kontrak) yang dimeterai oleh para pencarum, tiada unsur riba dan sumbangan(caruman berkala) yang dibuat oleh para pencarum itu tidak dilibatkan dengan aktiviti pelaburan secara riba”.
3) Keputusan Pusat Penyelidikan islam yang diputuskan di Al-Azhar pada bulan Muharram tahun 1385 hijrah :
“Insuran takaful yang dijalankan oleh syarikat-syarikat takaful merupakan satu bentuk insuran yang dibenarkan oleh syarak. Insuran takaful ini merupakan kerjasama dalam melakukan kebaikan yang disertai oleh orang yang ingin dilindungi (samaada pencarum sendiri ataupun tanggungannya). Syarikat-syarikat takaful pula berperanan memberi pertolongan atau perkhidmatan kepada para peserta ketika mereka memerlukan,.”
No comments:
Post a Comment